My besday !!

July 10th, 2006 by omaq

TOday is my besday.. uwaa so sad.. no body wishing me :(

www.omaQ.org

3 ari dlm ICU n 3 bln Dlm wad :(

March 29th, 2006 by omaq

Alhamdulillah syukur thanks a lots to Allah…sbb dengan redha n kerahmatannya aku dapat hidup semula di dunia ini   utk meneruskan kehidupan aku sebagai hambaNya yang beriman dan bertaqwa..thanks so much.. never words can discribe about  this… kita kene banyak bersyukur atas apa yang terjadi  kepada kita  itu  sbb mesti ada hikmah disebalik kejadian.. cuma insan yang terpilih sahaja yang dapat mengetahui that hikmah…

    Bulan 12.. iaitu 12/12/2005 aku telah mendapat kemalangan jalan raya  semasa aku balik dari penang  ( tpt aku bekerja)  ke perlis (hometown) aku.. masa kejadian tu terjadi aku menaiki scooter kesayangan aku dan kawan baik aku mr au n madam au (erin) mengikuri aku  from behind.. nak dijadi kan cerita .. ada moto datang dari arah bertentangan masuk  ke jalan arah aku balik ke perlis.. (motosikal tu ditunggang dengan pemuda MABUK ) so aku  elak punya elak.. tapi last -last kene gak.. dah ditakdir disitu Allah nak uji aku.. jadi lepas eksident aku dihantar ke hospital Tuanku Fauziah Kangar perlis..

    Aku dimasuk kan ke wad ICU selama 3-4 hari.. kemudian aku dipindahkan ke ward arthopedik selama semingu lebih.. lepas tu  mmg banyak la katil yang aku pindah randah sbb masa perlis dilanda banjir besar aku berada di wad bawah.. so  air masuk ke wad aku.. so  attenden  pindah kan aku ke wad atas plak…. aku kira dekat 14 kali aku tukar katil .. last wad aku  duduk ialah ward first class di raja kat sana dekat 1-2  bulan aku dok situ.. campur  dari awal aku kene kira hampir  3 bulan aku dok sana..

    Kira semua  dalam hospital  tu ,aku dah anggap macam  keluarga sendiri …mmg like own family start from Dr.. nurse.. attendent.. makcik cleaner.. pakguad.. makcik kantin.. pesakit.. penjaga pesakit n so on laaa ..kira mmg  rasa berada didunia lain.. bukan calang calang orang leh masuk wad n dok lama lama macam aku.. semua ni di pilih olehNya.

   Semasa aku kat wad selama lebih 3 bulan tu.. mmg aku dapat banyak hikmath n  pengajaran.. ilmu pengetahuan dari segenap aspek.. kat sana aku sempat belajar bahasa medic yang digunakan oleh doc n nurse.. banyak gak peralatan yang aku tau  yang kerap diguna kan di wad  tu.. thanks  god  u give me more knowledge in that time..

   Kecederaan yang aku alami :-

    1) Tempurung lutut kaki kanan aku pecah
    2) Kecederaan di bahagian kepala
    3) Sendi bahagian paha kanan aku terkeluar
    4) Tulang rahang bahagian bawah dagu aku patah
    5) Gusi bawah masuk kedalam dan patah sebatang gigi
    6) Calar balar di sebahagian anggota badan

   Kat sini aku ingin mengucapkan  ribuan terima kasih kepada  semua org yang datang menziarahi aku sejak aku aksident sampai la aku  beransur pulih skrang ini.. ada yang datang dari jauh n dekat… hanya Allah boleh balas kebaikan ke atas mereka..insyaAllah..

    Alhamdulillah atas berkat doa dari mak ayah  keluarga sanak saudara.. jiran tetangga..sahabat handai  rakan sekerja… aku  beransur sihat dari hari kehari.. dari telantar atas katil 1-2 bulan .. kemudian bleh bergerak dengan wheelchair.. then using tongkat.. sampai skrang dah boleh bergerak dengan kaki sendiri… alhamdulilah. Thanks  god so much.. Allah Maha Besar